Test JPJ (pt.1)

Posted by Korak | Labels: | Posted On Saturday, December 26, 2009 at 1:46 PM

Untuk yang pertama, haha, berkaitan dengan Test JPJ. Minggu lepas aku ade buat Test JPJ tapi untuk kereta la, nak buat lesen motor tak boleh sebab mak anti-motor. Dia takut sangat tengok aku bawak motor sebab die kata 'baik bawak kereta dari bawak motor sebab kereta tak terbalik, kalau motor senang nk terbalik (jatuh)'.

Jadi, ni serba sedikit tip-tip yang boleh jadikan panduan untuk mereka yang nak pegi test kereta supaya tak jadi macam aku yang terkandas kat jalan raya. Panduan ni aku berdasarkan borang penilaian ujian memandu JPJ ( pak JPJ akan nilai kita berdasarkan borang ni) yang calon akan dapat selepas Test, jadi aku nak kongsi sket dengan kamu semua.

Di Litar. (perkara yang sepatutnya jangan buat)

Ujian mendaki Bukit.
  • Gagal meletak kedua-dua roda kehadapan motokar sepenuhnya atau lebih setengah bahagian secara berterusan di atas garisan kuning.
  • Melanggar atau menyentuh tapak atau tiang besi penanda sama ada jatuh atau tidak.
  • Berundur dan lebih 50% roda hadapan motokar keluar dari garisan kuning.
  • Melanggar garisan putih.
  • Berlaku kemalangan atau melanggar apa-apa objek atau bahu jalan semasa ujian.
  • Melibihi masa yang ditetapkan iaitu 3 minit.

Ujian meletak motokar secara masuk belok (parking).
  • Melanggar atau menyentuh tapak atau tiang besi penanda sma ada jatuh atau tidak semasa masuk atau keluar petak.
  • Keseluruhan atau sebahagian motokar tidak masuk dalam petak.
  • Badan motokar menjulur keluar semasa masuk atau keluar petak.
  • Melanggar garisan kuning semasa masuk atau keluar petak.
  • Motokar masih berada dalam petak sama ada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit.
  • Melakukan olahgerak melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.
  • Berlaku kemalangan seperti melanggar apa-apa objek atau bahu jalan semasa ujian.

Ujian pusingan 3 penjuru.
  • Melanggar atau menyentuh tapak atau tiang besi penanda sama ada jatuh atau tidak.
  • Badan motokar menjulur keluar garisan.
  • Melakukan olahgerak dari kanan ke kiri.
  • Melakukan olahgerak melebihi 3 pergerakan.
  • Melakukan olahgerak melebihi masa yang ditetapkan iaitu 3 minit.
  • Berlaku kemalangan seperti melanggar apa-apa objek atau bahu jalan.
Bersambung ke pt.2

Comments:

There are 0 comments for Test JPJ (pt.1)

Post a Comment