Test JPJ (pt.2)

Posted by Korak | Labels: | Posted On Saturday, December 26, 2009 at 1:48 PM

Yang ini aku akan fokus untuk ujian di Jalanraya.

Ujian di Jalanraya (perkara yang sepatutnya dibuat)

  1. Membetulkan tempat duduk.
  2. Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi.
  3. Pakai talipinggang keledar.
  4. Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan enjin motokar.
  5. Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat.
  6. Guna isyarat lampu/tangan apabila diperlukan.
  7. Guna brek kaki dan tangan dengan betul.
  8. Mematuhi peraturan lampu isyarat.
  9. Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan.
  10. Mematuhi peraturan garisan dua selari.
  11. Memandu di lorong yang betul/kawalan steering.
  12. Memandu kenderaan di jarak yang selamat.
  13. Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok.
  14. Mematuhi had laju.
  15. Memberi keutamaan kepada pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal.
  16. Memandu di selekoh dengan cara yang betul, perlahan dan ikut lorong yang betul.
  17. Tidak menukar lorong dengan tergesa-gsa di kawasan kesesakan lalulintas.
  18. Memberi keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan.
  19. Memandu secara tidak merbahaya.
  20. Menggunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan.
Jadi, semua skali bab jalanraya ada 20 perkara yang perlu anda semua buat. Aku kandas kat nombor 13 tu, tak ingat nak tengok cermin tu sebab nervous sangat kot. Haha, lepas tu ade r kesalahan laen yang aku buat. Satu lagi, lepas masuk je dalam kereta dan bagi salam, sebaiknya tanya dulu pak JPJ tu boleh mula ke belum? Bukan apa, sebab aku dah terkene time tu, lepas masuk kereta aku terus buat step2 tu and mase aku mintak izin nak betulkan cermin sisi die, die terus tegur aku "ade aku suruh mula?". Pergh malu siot, haha.

Aku harap tip-tip ni akan dapat serba sedikit memberikan keyakinan kepada semua yang baru dalam menghadapi test JPJ. Sebarkan.

Tolong Dan Bantu orang laen adalah perkara yang mulia. Tak faham atau nak tambah ape2 boleh komen dibawah ni.

Test JPJ (pt.1)

Posted by Korak | Labels: | Posted On at 1:46 PM

Untuk yang pertama, haha, berkaitan dengan Test JPJ. Minggu lepas aku ade buat Test JPJ tapi untuk kereta la, nak buat lesen motor tak boleh sebab mak anti-motor. Dia takut sangat tengok aku bawak motor sebab die kata 'baik bawak kereta dari bawak motor sebab kereta tak terbalik, kalau motor senang nk terbalik (jatuh)'.

Jadi, ni serba sedikit tip-tip yang boleh jadikan panduan untuk mereka yang nak pegi test kereta supaya tak jadi macam aku yang terkandas kat jalan raya. Panduan ni aku berdasarkan borang penilaian ujian memandu JPJ ( pak JPJ akan nilai kita berdasarkan borang ni) yang calon akan dapat selepas Test, jadi aku nak kongsi sket dengan kamu semua.

Di Litar. (perkara yang sepatutnya jangan buat)

Ujian mendaki Bukit.
  • Gagal meletak kedua-dua roda kehadapan motokar sepenuhnya atau lebih setengah bahagian secara berterusan di atas garisan kuning.
  • Melanggar atau menyentuh tapak atau tiang besi penanda sama ada jatuh atau tidak.
  • Berundur dan lebih 50% roda hadapan motokar keluar dari garisan kuning.
  • Melanggar garisan putih.
  • Berlaku kemalangan atau melanggar apa-apa objek atau bahu jalan semasa ujian.
  • Melibihi masa yang ditetapkan iaitu 3 minit.

Ujian meletak motokar secara masuk belok (parking).
  • Melanggar atau menyentuh tapak atau tiang besi penanda sma ada jatuh atau tidak semasa masuk atau keluar petak.
  • Keseluruhan atau sebahagian motokar tidak masuk dalam petak.
  • Badan motokar menjulur keluar semasa masuk atau keluar petak.
  • Melanggar garisan kuning semasa masuk atau keluar petak.
  • Motokar masih berada dalam petak sama ada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit.
  • Melakukan olahgerak melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.
  • Berlaku kemalangan seperti melanggar apa-apa objek atau bahu jalan semasa ujian.

Ujian pusingan 3 penjuru.
  • Melanggar atau menyentuh tapak atau tiang besi penanda sama ada jatuh atau tidak.
  • Badan motokar menjulur keluar garisan.
  • Melakukan olahgerak dari kanan ke kiri.
  • Melakukan olahgerak melebihi 3 pergerakan.
  • Melakukan olahgerak melebihi masa yang ditetapkan iaitu 3 minit.
  • Berlaku kemalangan seperti melanggar apa-apa objek atau bahu jalan.
Bersambung ke pt.2

Berat sama dipikul, Ringan sama di jinjing.

Posted by Korak | Labels: | Posted On at 2:55 AM

Assalamualaikum kepada semua,
Selamat datang ke blog Tolong Dan Bantu. Pepatah melayu ada menyebut ' berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", itulah objektif blog ini iaitu untuk cuba bantu dan tolong sesiapa sahaja yang ingin dibantu dan ditolong. Semua isi-isi, tip-tip dan maklumat yang bakal dicurahkan ke dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman, minat aku ataupun iktibar yang aku sudah lalui dan berharap agar dapat meyakinkan para pelawat sekalian. Blog ini tiada had umur yerk, jadi sape2 pun bleh lawat tapi adalah hakikat aku sebagai remaja kalau ade yang tua rase tak selesa harap maafkan. haha, skema giler ayat aku. Aku rase itu saje kot sebagai alat wadah pembuka bicara kita..
Selamat melawat.

Sila klik 'comments' dibawah untuk komen.